Sedekah jariah ini adalah pemberian yang bermanfaat dan yang baik. Paling utama adalah memberi sesuatu yang menjadi kesayangan kita atau yang setaraf dengannya, Ini bertepatan dengan firman Allah, “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan : 92)

Home Top Ad

Kebanyakan umat Islam beranggapan bersedekah mesti melibatkan wang ringgit dan berbentuk material sahaja. Adakah tanggapan ini benar? Itu a...

Adakah sedekah melibatkan wang ringgit atau berbentuk material sahaja

Kebanyakan umat Islam beranggapan bersedekah mesti melibatkan wang ringgit dan berbentuk material sahaja. Adakah tanggapan ini benar?

Itu adalah tanggapan yang silap. Sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja. Rasulullah pernah bersabda, kalau tidak boleh memberi sesuatu benda, senyumlah kerana senyuman adalah sedeka. Begitu juga membuang duri di jalanan adalah sedekah hatta berkata-kata perkara yang baik pun termasuk dalam sedekah. Ini terkandung dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Ternyata sedekah itu bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Ini juga memberi semangat kepada golongan yang kurang berada bahawa pintu bersedekah ini terbuka luas bukan hanya kepada golongan kaya. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah, daripada Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah pernah bersabda, “ Tiap-tiap perkara yang maaruf menjadi sedekah. Antara perkara yang maaruf itu hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesame anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang di bawanya.” (Riwayat Imam Ahmad).

Orang kaya dan orang miskin masing-masing digalakkan bersedekah menurut kemampuannya. Tetapi orang miskin yang bermurah hati ingin bersedekah boleh bersedekah ala kadarnya asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang-orang yang menjadi tanggungannya. Sesudah itu kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, baharulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.


Hadis ini menerangkan satu dasar atau kaedah umum dalam Islam bahawa tiap-tiap perbuatan yang baik adalah menjadi sedekah dan sedekah itu pula membawa rahmat di dunia dan akhirat. Ia juga mendidik supaya setiap orang sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa semasa berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia menegaskan bahawa segelas air sejuk sekalipun yang diberikan kepada orang yang memintanya adalah termasuk dalam perkara-perkara yang baik dan berpahala.

1 comentários:

prihatin said...

Salam
inilah cara hidup muslim. Orang Islam adalah yang produktif, yang mengeluarkan munafaat kepada orang lain, paling tidak dia tidak akan menyusahkan atau membahayakan orang lain. Itu lah Islam bererti selamat. Hingga binatang yang akn disembelih pun selamat dari penyiksaan dengan menggunakan pisau yang tajam.
Harta satu dari bentuk sedekan. Bentukl lain adalah memberi nasihat, ilmu dan perangsang serta memberi kesabaran kepada orang yang ditimpa bencana. Sedekah tenaga fizikal maupun idea. Demikianlah konsep sedekah, memberi memberi munafaat kepada orang lain. wassalam