Apakah fadilat bersedekah?
Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga
iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya,
apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah
sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang
memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “
Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”
Apabila
kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita
termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan
kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan
bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih
ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan
fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada
mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.
Apakah fadilat bersedekah? Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabil...
About author: Abe
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comentários:
wow, great, I was wondering how to cure acne naturally. and found your site by google, learned a lot, now i’m a bit clear. I’ve bookmark your site and also add rss. keep us updated. zakat
Post a Comment