Sedekah jariah ini adalah pemberian yang bermanfaat dan yang baik. Paling utama adalah memberi sesuatu yang menjadi kesayangan kita atau yang setaraf dengannya, Ini bertepatan dengan firman Allah, “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan : 92)

Home Top Ad

Semoga tulisan ini memberi inspirasi kpd kita semua : Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekah nya itu sampai kpd A...

Apa kebaikan Sedekah

Semoga tulisan ini memberi inspirasi kpd kita semua :

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekah nya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan² sedekah itu ?

Perhatikan nombor 17 hingga 19

Rujukan dari hadits²...

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam,

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut,

6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT,

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi sedekah ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah,

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia,

15. Sedekah mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. Sedekah adalah obat,

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

Yang terakhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah...

dengan cara bkongsi tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala sedekah,
Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah...inshaa Allah

Semoga bermanfaat!🕌

0 comentários: